Artikel pada kali ini akan berkongsi tentang panduan selawat maulidur rasul berserta teks rumi dan terjemahan yang boleh kita jadikan sebagai ilmu pengetahuan. Apakah itu sambutan maulidur rasul? Maulidur rasul adalah kelahiran Rasulullah SAW. Sambutan maulidur rasul disambut setiap tahun di Malaysia ini. Dan dalam sambutan itu akan dibaca beramai-ramai selawat maulidur rasul. Bilakah maulidur rasul disambut? Sambutan maulidur rasul tahun 2022 ini akan disambut pada 9 Oktober 2022 12 Rabiulawal 1444 hijriah. Apakah hukum menyambut maulidur rasul Hukum menyambut maulidur rasul ada dua. Ada yang mengharuskannya dan ada juga sebaliknya. Pertama Hukum sambutan maulidur rasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW. Sabda Nabi SAW لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ Maksudnya “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba Nya, maka katakanlah mengenaiku “ Hamba Allah dan Rasul Nya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445 Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama Kedua Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik berpendapat Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil salah satu wilayah di Iraq. Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah Imam Jalaluddin al-SuyutiImam Ibn Hajar al-HaithamiSyeikh Ibn al-Hajj al-AbdariImam Ibn al-BattalAl-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-DimashqiAl-Hafiz Shamsuddin bin al-JazariSyeikh Dr. Yusuf al-QaradhawiSyeikh Dr. Wahbah al-ZuhailiSyeikh Abdul Halim MahmudSyeikh Atiyyah SaqrSyeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain. Para ulama yang mengharuskan maulidur rasul menggunakan hadis di bawah Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ Maksudnya “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan al-Quran ke atasku.”- Hadis Riwayat Muslim, no. 1162 Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi umatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain. Sabda Nabi SAW مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ Maksudnya “Barang siapa yang melakukan merintis dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun.” – Hadis Riwayat Muslim, no. 1017 Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulidur rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Sollallahu ala muhammad Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Sollallahu alahi wasallam Selawat salam dipohon lagi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Sollallahu ala muhammad Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Sollallahu alahi wasallam Selawat salam dipohon lagi يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Ya Nabi salamun alaika Wahai Nabi salam atasmu يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Ya Rasul salamun alaika Wahai Rasul, salam atasmu يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Ya habibu salamun alaika Wahai kekasih, salam atasmu صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Solawa tullah alaika Selawat Allah ke atasmu أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Ashro qol badru alaina Bulan purnama menyinari kita فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Fakh tafat minhul buduru Hilang segala cahaya مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Misla husnika maa roainaa Indah menawan tak pernah dilihat قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Qotthu ya wajhas-sururi Wajah gembira sepanjang hayat أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Anta syamsun anta badru Kaulah matahari, kaulah bulan أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Anta nuurun fauqa nuuri Kaulah cahaya mengatasi cahaya أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Anta iksiirun wargholii Kaulah rahsia hidup mulia أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Anta misbaahus-suduuri Kaulah menyuluhi jiwa يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Ya Habibi Ya Muhammad Wahai kekasihku, ya Muhammad يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Ya Arusal khofi qoini Wahai pendamping indah sejagat يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Ya Muayyadu ya mumajjad Wahai Nabi dijulang dipuja يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Ya imamal Qiblataini Wahai imam 2 kiblat مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Man ra’A wajhaka yas’ad Bahagialah orang memandang wajahmu يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Ya Karimal walidaini Wahai penghulu keturunan mulia حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Haudukas sofil mubarrad Kolam airmu sejuk jernih وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Wirdunaa yauman nusyurii Kunjungi kami pada hari akhirat عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Alimussirri wa ahfaa Allah mengetahui rahsia sulit مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Mustajibud da awati Dialah menyahut semua seruan رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Robbi irhamna jamii’a Wahai Tuhan Rahmatilah kami بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Bijami’is solihati Dengan segala amalan soleh وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Wasolatullah ala ahmad Selawat Allah ke atas Muhammad عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Adda tahriris suthuri Sebanyak baris kertas ditulis أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmadul hadii Muhammad Ahmad Muhammad petunjuk jalan صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Sohibul wajhil muniri Empunya wajah berseri menawan. Muat turun teks selawat mualidur rasul dalam PDF Boleh klik pada pautan ini Selawat kepada Nabi Muhammad Sempena Maulidur Rasul Kesimpulan Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan kita semua panduan yang bermanfaat untuk contohi. Rujukan Maulidur Rasul 2021 Tarikh Sambutan, Tema, Teks/Skrip Selawat Nabi. Harian PostBayan Linnas Siri Ke-80 Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
BacaanTalkin Jakim Pdf / Panduan Teks Selawat Maulidur Rasul Oleh JAKIM. Versi Rumi & Jawi Bacaan talkin lengkap & doa l buku solat jenazah l doa Movimiento De Rotación Para Colorear / Gifs de Dragon Ball Z, Imágenes con movimiento de Dragon
Maulidurrasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Selawat maulidur rasul صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Sollallahu 'ala muhammad) Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Sollallahu 'alahi wasallam) Selawat salam dipohon lagi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here. Home Explore TEKS SELAWAT View in Fullscreen Alunan selawat sempena Maulidur Rasul Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes! etag82 Download PDF Share Related Publications Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base. Search Published by etag82, 2021-10-15 041343 Alunan selawat sempena Maulidur Rasul Keywords Maulidur Rasul BACAAN SELAWAT Click to View FlipBook Version
gc0e.